Saudara mara yang datang ke ibu kota memberitahu saya, beberapa tempat di Negeri Indera Kayangan macam ketika zaman British menaburkan pelbagai risalah yang ditujukan kepada komunis untuk menyerah diri atau bertaubat.
Risalah itu ditabur merata-rata tempat.
Kali ini, risalah mengenai laporan pemeriksaan Dr Osman, doktor di Pusrawi terhadap mangsa liwat, Saiful Bahri Azlan, ditabur di merata tempat di Perlis terutama di tepi-tepi jalan atau ditempat awam yang boleh diambil oleh penduduk.
Risalah itu yang ditandatangani oleh pemimpin kanan sebuah parti politik yang mengandungi laporan dan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk memudahkan pembacanya mengetahui apa isi kandungan laporan doktor berkenaan.
Inilah bentuk perang saraf dan gerak saraf untuk memenangi peperangan maklumat.
Rakyat percaya ke mengenai kes liwat yang hangat di pasaran sekarang dengan hanya membaca risalah itu? Setelah percaya, apa pula yang rakyat akan buat?
Friday, August 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment